Pejabat Facebook Malaysia Dirasmikan Oleh Tun Mahathir

28 May 2019 • 4:11 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Facebook merupakan perkhidmatan media sosial yang terbesar di dunia. Rata-rata wargabumi memiliki akaun facebook, atau setidak-tidaknya mengetahui akan kewujudannya walaupun tidak menggunakannya. Setelah beberapa tahun beroperasi di Malaysia, pada hari ini pejabat baru Facebook Malaysia telahpun dirasmikan oleh Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad.

Facebook Malaysia sebelum ini lagi banyak mengadakan kerjasama dengan industri mahupun pihak kerajaan. Terdapat inisiatif seperti Facebook Terragraph bagi membawakan sambungan internet pantas di kawasan luar bandar, Nur Alert dari PDRM turut diintegrasikan dalam Facebook Timeline, malah perkhidmatan lain seperti Facebook Marketplace bagi membantu perniagaan, dan juga paling terbaru adalah Facebook Dating bagi memudahkan pencarian teman hidup.

image is not available

image is not available

Pada hari ini Facebook Malaysia telah berkongsi sedikit sebanyak perancangan mereka pada masa akan datang. Dengan pelbagai inisiatif yang telah dilakukan sekarang, ia hanyalah 1% dari apa yang telah dilakukan. Menurut mereka, sebanyak  87 Juta pengguna antarabangsa seluruh dunia berhubung dengan perniagaan di Malaysia menggunakan Facebook, sekaligus mengisyaratkan potensi perniagaan Malaysia untuk berkembang pesat.

image is not availableimage is not available

Aktiviti-aktiviti lain termasuklah program Facebook Blueprint dengan kerjasama MDEC dalam melahirkan lebih ramai lagi eUsahawan yang berkemahiran dalam dunia teknologi, dan program Developer Circles untuk merapatkan hubungan bersama pembangun serta pengaturcara tempatan.

image is not available

Tambah mereka lagi, jika sebelum ini Facebook Terragraph sedang diuji di Georgetown Pulau Pinang, ujian kedua akan dilakukan di Cyberjaya tidak lama lagi. Dan dalam membantu komuniti lain di Malaysia, komuniti kecil juga tidak akan dilupakan dan Facebook akan sentiasa bekerjasama rapat dengan mereka.