Gaji minimum RM1,800: Habis semua kedai tom yam tutup, kata Tun M

20 Dec 2019 • 7:55 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad secara berseloroh berkata semua kedai tom yam akan tutup sekiranya gaji minimum RM1,800 diberikan kepada penjawat awam berdasarkan cadangan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) semalam.

"Tidak apa, kita bayar. Habis kedai tomyam semua tutup, tidak boleh bayar gaji," katanya ringkas pada sidang akhbar selepas mengadakan tinjauan ke Pusat Media Sidang Kemuncak Kuala Lumpur di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini hari ini.

Terdahulu Cuepacs meminta agar kerajaan menetapkan gaji minimum sebanyak RM1,800 sebulan untuk penjawat awam.

Presidennya, Adnan Mat berkata, pihak Cuepacs mencadangkan jumlah tersebut kerana kos hidup pada hari ini yang terus meningkat.

ARTIKEL BERKAITAN Cuepacs gesa kerajaan naikkan gaji minimum RM1,800


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved