'Jangan bimbang peningkatan kes baharu Covid-19'

LocalPolitics
10 May 2020 • 5:16 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

PUTRAJAYA - Masyarakat tidak perlu khuatir dengan peningkatan kes baharu susulan pendekatan tertumpu yang agresif dan proaktif oleh kerajaan ketika ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini kerana ia menunjukkan keberkesanan aktiviti yang dijalankan tersebut.

"Setakat ini pelaksanaan aktiviti pendekatan tertumpu (targeted approach) telah menunjukkan impak yang positif dalam mengesan lebih banyak kes koronavirus (Covid-19).

"Kes-kes yang dikesan ini sememangnya diasingkan dan diberi rawatan di hospital bagi memastikan virus ini tidak terus menular dalam kalangan masyarakat," katanya pada sidang akhbar situasi semasa jangkitan Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, menerusi pendekatan tertumpu yang dilaksanakan itu, pihaknya juga telah mengenal pasti beberapa kumpulan sasar.

Katanya, antara kumpulan sasar itu ialah peserta perhimpunan di Seri Petaling dan kontak rapat mereka; pelajar serta kakitangan madrasah dan tahfiz yang berkait rapat dengan perhimpunan di Seri Petaling; rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara dan ditempatkan di pusat-pusat kuarantin serta anggota kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Kumpulan sasar lain ialah penduduk di lokaliti-lokaliti Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD); Pasar Borong Kuala Lumpur (PBKL) dan pasar-pasar yang berkait rapat dengan PBKL; pekerja asing di tapak pembinaan di zon merah dan rumah jagaan warga emas," katanya.


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved