Jerebu: Lagi 265 sekolah ditutup di Perak

18 Sep 2019 • 8:26 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

IPOH - Sebanyak 265 sekolah lagi di daerah Manjung, Bagan Datuk, Hilir Perak dan Perak Tengah ditutup pagi ini menjadikan keseluruhan 288 sekolah ditutup di Perak.

Pengarah Pendidikan Perak, Dr Mohd Suhaimi Mohamed Ali berkata, kesemua sekolah itu ditutup hari ini susulan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang mencecah 202 pada jam 5 pagi tadi, iaitu pada tahap sangat tidak sihat.

“Penambahan sebanyak 265 sekolah hari ini dibuat berdasarkan bacaan IPU di stesen Seri Manjung.

“Seri Manjung hari ini mencatatkan trend bacaan IPU yang meningkat sejak jam 3 pagi tadi iaitu 206 namun ia berkurangan kepada 197 setakat jam 7 pagi ini,” katanya di sini hari ini.

Semalam, sebanyak 23 sekolah di daerah Manjung dan Hilir Perak ditutup berikutan bacaan IPU mencapai tahap tidak sihat.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.- Bernama


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved