Samsung Melancarkan Dua Cip USB-PD Yang Menyokong Pengecasan Pantas 100W

29 May 2019 • 9:59 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Samsung sedia terkenal dengan sistem pengecasan pantas tersendiri mereka, iaitu Adaptive Fast Charging (AFC). Sistem yang sama telah digunakan sejak Samsung Galaxy S7 lagi, yang mana kuasanya terhad kepada 15W sahaja. Pada Galaxy S10, AFC telah dinaiktaraf kepada 18W dan untuk beberapa peranti Galaxy lain terpilih seperti S10 5G atau Galaxy A70 menggunakan sistem 25W. Sistem 25W ini adalah yang paling dekat dengan USB-PD sebenar, kerana ia menggunakan pengecasan USB-C ke USB-C.

image is not available
Terkini, Samsung dilihat telah bergerak maju ke hadapan dengan memperkenalkan dua cip kawalan untuk pengecasan pantas. Cip ini adalah SE8A and MM101, yang mana mampu menyokong sistem pengecasan pantas sehingga 100W. Kedua-dua cip ini pula mengikut piawaian USB-PD 3.0, jadi ini bermakna ia akan menggunakan sistem PPS (programmable power supply). Melalui sistem ini, Samsung boleh tetapan sesebuah peranti menyokong kuasa pengecasan yang diinginkan.

Lebih menarik lagi, kedua-dua cip SE8A and MM101 ini turut mempunyai eFlash terbina. Ia adalah sejenis storan untuk membenarkan pengeluar mengemaskini firmware, contohnya jika peranti A sekarang menyokong pengecasan 25W – Samsung boleh beri kemaskini untuk naiktaraf kepada 100W. Cip SE8A sudah pun dalam proses produksi, manakala cip MM101 pula masih berada dalam fasa ujian. Kedua-dua cip ini juga boleh digunakan pada mana-mana sahaja peranti Samsung, seperti komputer riba, telefon pintar atau juga tablet.

Kenali Perbezaan Setiap Pengecasan Pantas