Dua kementerian terima KSU baharu

31 Jan 2020 • 2:05 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KUALA LUMPUR - Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali hari ini mengumumkan pelantikan dua Ketua Setiausaha (KSU) baharu bagi dua kementerian masing-masing berkuat kuasa esok.

Mohd Zuki dalam kenyataannya hari ini berkata, Datuk Muez Abd Aziz dilantik sebagai KSU Kementerian Pertahanan menggantikan beliau (Mohd Zuki) yang memegang jawatan itu sebelum ini.

Sementara itu, jawatan Muez sebelum ini sebagai KSU Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) diisi Datuk Hasnol Zam Zam Ahmad.

Muez yang berkelulusan Ijazah Sarjana Ekonomi dari Universiti Vanderbilt, Amerika Syarikat telah berkhidmat 25 tahun dalam perkhidmatan awam, manakala Hasnol Zam Zam memegang Ijazah Sarjana Perancangan Bandar dari Universiti Pennsylvania, Amerika Syarikat berpengalaman luas selama 28 tahun dalam perkhidmatan awam.

“Saya percaya dengan pengalaman, pengetahuan dan kredibiliti yang dimiliki Datuk Muez mampu menggalas amanah mendukung misi Kementerian Pertahanan dalam memastikan keselamatan dan kedaulatan negara sentiasa terpelihara,” katanya.

"Pelantikan Hasnol Zam Zam pula mampu merealisasikan hasrat kementerian perdagangan dalam negeri menjadi 'Caring Ministry' yang memfokuskan perdagangan domestik sebagai tunjang ekonomi berpendapatan tinggi negara,” katanya. - Bernama


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved