Mekanisme perbicaraan untuk militan Daesh dibincang

17 Oct 2019 • 10:40 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

BAGHDAD - Kerajaan Iraq dan Perancis dilapor sedang membincangkan mekanisme perbicaraan yang sesuai untuk ahli kumpulan militan Daesh.

Kenyataan itu dibuat Menteri Luar Paris, Jean-Yves Le Drian selepas bertemu rakan sejawatannya Mohammed al-Hakim dalam lawatan kerjanya ke Baghdad, hari ini.

Menurut al-Hakim, negaranya telah berikrar untuk mengambil semula semua anggota militan Iraq bersama ahli keluarga mereka.

"Iraq tidak akan menolak rakyatnya dan akan membicarakan mereka dengan adil," katanya.

Katanya lagi, terdapat militan asing yang ditahan di Syria dari 72 negara dan kerajaan mereka digesa mengambil langkah sesuai terhadap rakyatnya.

Difahamkan, Pasukan Demokratik Syria (SDF) menahan kira-kira 10,000 anggota militan Daesh selepas kumpulannya tumpas di Damsyik.

Awal tahun ini, sebanyak 11 rakyat Perancis dihukum mati di Iraq selepas mereka diserahkan kepada pihak berkuasa Baghdad oleh SDF. - Agensi


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved