Garmin melancarkan tiga jam tangan pintar di bawah keluarga Fenix 6 hari ini di Malaysia. Pelancaran ini serentak dengan pengumumannya secara global awal pagi ini. Garmin Fenix 6, Fenix 6S dan Fenis 6X adalah tiga jam tangan pintar yang menyasarkan individu yang banyak melakukan aktiviti senaman dan luar yang lasak.

Fenix 6 dan Fenix 6S pula masing-masing ditawarkan dengan skrin sebesar 1.3″ dan 1.2″ berwarna. Perbezaan yang terletak pada saiz skrin, bahan binaan skrin, kemasan tubuh dan tiadanya panel solar pada skrin jam. Garmin menawarkan pilihan skrin yang diperbuat daripada kaca Gorilla Glass 3 ataupun nilam yang lebih tahan lasak.
Kesemua model Fenix 6 yang dilancarkan di Malaysia hari ini hadir dengan fungsi tambahan lain seperti lebih 2000 peta pusat ski di seluruh terbina, kemampuan mengesan kepekatan oksigen dalam darah, PacePro yang membantu pengguna melakukan larian terbaik bergantung kepada keadaan, mengesan pola tidur dan Body Battery yang memberitahu pengguna jumlah tenaga pada tubuh ketika melakukan aktiviti luar.
Di Malaysia Garmin Fenix 6S dan Fenix 6 dijual pada harga di antara RM2999-RM3950. Garmin Fenix 6X pula dijual pada harga RM4199 manakala Fenix 6X Pro Solar pada harga di antara RM4699-RM5699.
