9,200 anak pokok bunga seludup bernilai RM1.8 juta dirampas

LocalPolitics
17 Feb 2025 • 11:39 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Batalion 8 PGA Pengkalan Chepa menumpaskan kegiatan penyeludupan tanaman selepas merampas 9,200 pelbagai jenis anak pokok bernilai RM1.8 juta di Kampung Kedap, Rantau Panjang pada Sabtu. Foto PGA

image is not available
Hasil pemeriksaan ke atas sebuah lori menjumpai pokok puding, sandpaper, masjutik hijau,thong urai, masjutik batik dan olardon yang dipercayai diseludup dari Thailand. Foto PGA

RANTAU PANJANG - Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) Pengkalan Chepa menumpaskan kegiatan penyeludupan tanaman selepas merampas 9,200 pelbagai jenis anak pokok bernilai RM1.8 juta di Kampung Kedap di sini pada Sabtu.

Dalam serbuan Op Taring Wawasan pada jam 11 pagi itu, seorang pemandu berusia 41 tahun berjaya ditahan.

**media[3011157]**

Komander Briged Tenggara, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, hasil pemeriksaan ke atas lori terbabit menjumpai lebih 4,700 pokok puding, sandpaper (1,200), masjutik hijau (1,000), thong urai (1,000), masjutik batik (800) dan olardon (500) yang dipercayai diseludup dari Thailand.

"Kes ini disiasat bawah Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 (Akta167) Seksyen 5. Suspek dipercayai menjadi penghantar dan mahu membawa tanaman tersebut ke Melaka," katanya pada Isnin.

View Original Article