9 Fakta Menarik Tentang Pulau Borneo Yang Ramai Tidak Tahu

17 Aug 2022 • 5:33 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Ketahui fakta menarik mengenai Pulau Borneo ini!

9 Fakta Menarik Tentang Pulau Borneo Yang Ramai Tidak Tahu. Borneo merupakan sebuah Pulau yang dikelilingi oleh Laut China Selatan di utara dan barat laut, Laut Sulu di timur laut, Laut Sulawesi dan Selat Makasar di sebelah timur, dan Laut Jawa dan Selat Karimata di selatan. Pulau Borneo terdiri daripada tiga negara iaitu Malaysia (Hanya Sabah dan Sarawak di dalam Borneo), Indonesia, dan juga Brunei.

image is not available
9 Fakta Menarik Tentang Pulau Borneo Yang Ramai Tidak Tahu

1. Pulau ketiga terbesar di dunia

Tahukah anda Pulau Borneo adalah 3 kali ganda lebih besar daripada United Kingdom!

image is not available

2. Pulau Borneo dua kali ganda lebih tua sari hutan Amazon

Dianggarkan berusia 130 juta tahun, hutan hujan tropika di Pulau Borneo adalah dua kali ganda lebih tua daripada hutan hujan tropika di Amazon, South America yang merupakan hutan hujan tropika yang terbesar di dunia.

image is not available

3. Pulau Borneo mempunyai gua terbesar di dunia

Tahukah anda gua terbesar di dunia adalah di Sarawak? Yes Gua di Gunung Mulu National Park merupakan gua terbesar di mana ianya boleh memuatkan 40 Boeing dan 757 kapal terbang di dalamnya!

image is not available

4. Kita mempunyai gunung yang tertinggi di Southeast Asia

Dengan ketinggian 13438 kaki (4096 metre) paras laut, Gunung Kinabalu merupakan gunung yang tertinggi di Southeast Asia.

image is not available

5. Rumah kepada bunga terbesar di dunia

Habitat terbesar Bunga Rafflesia adalah di hutan hujan tropika Pulau Borneo dan ianya merupakan bunga parasite yang mengeluarkan bau yang tidak diingini.

image is not available

6. Ninja Slugs

Ya! Anda tidak salah dengar. Ninja slug merupakan salah satu daripada 100 spesies baru yang telah dijumpai di Sabah pada tahun 2007. Spesies ini hanya boleh ditemui di kawasan Pulau Borneo dengan ketinggian, 1200 hingga 1900 meter. Ninja Slugs ini tinggal di daun pokok.

image is not available

7. Monyet Belanda (Proboscis Monkey)

Di Malaysia kita memanggil haiwan ini sebagai Monyet Belanda manakala di Indonesia pula ianya diglar Kera Bekantan dan spesies ini juga hanya boleh ditemui di Pulau Borneo sahaja.

image is not available

8. Borneo mempunyai babi paling hodoh di dunia

Betul kata orang, beauty is in the eye of the beholder, babi berjanggut Borneo ini telah menempah namanya sebagai babi yang paling hodoh di dunia. Walaupun dikatakan babi yang paling hodoh di dunia, namun ianya merupakan haiwan yang terlindung dan hanya boleh ditemui di Pulau Borneo sahaja.

image is not available

9. Indonesia dan Malaysia merupakan pengeluar minyak kelapa sawit terbesar di dunia

Indonesia merupakan negara pengeluar minyak kelapa sawit terbesar di dunia manakala Malaysia di tangga kedua negara yang mengeluarkan kelapa minyak sawit terbesar di dunia.

Baca lagi fakta menarik di sini:

View Original Article