9 keluarga miskin terima bakul makanan, tunai

4 Mar 2023 • 12:14 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

RANAU: Sembilan keluarga miskin yang tinggal di tanah pertanian mereka 2.5 kilometer dari tengah Kg Sinurai dan 32 kilometer dari Pekan Ranau di sini, menerima sumbangan berupa bakul makanan dan wang tunai daripada Pejabat Perkhidmatan Parlimen P179 Ranau.

Sumbangan tersebut merupakan inisiatif Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin dan disampaikan oleh wakilnya, Penolong Pegawai Perkhidmatan Parlimen Ranau, Awill Minsuan.

Rombongan pejabat parlimen terpaksa meredah hutan dan juga menyeberangi dua sungai (Sungai Sinurai dan Sugud) untuk sampai ke pondok keluarga miskin di kawasan di mana mereka tinggal sejak 1990-an.