9 Negeri, 1 Wilayah Diramal Hujan Lebat Malam Ini

LocalEnvironment
15 Jul 2026 • 7:06 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

9 Negeri, 1 Wilayah Diramal Hujan Lebat Malam Ini

9 Negeri, 1 Wilayah Diramal Hujan Lebat Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat di beberapa negeri sehingga jam 9 malam ini.

Menurutnya, hujan lebat akan melanda seluruh negeri Kelantan dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Selain itu, amaran turut melibatkan negeri Kedah iaitu di Kuala Muda, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

Di Pulau Pinang pula, hujan lebat diramal di Timur Laut, Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.

Bagi negeri Perak, amaran membabitkan daerah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar dan Batang Padang.

Baca juga:

Selain itu, daerah Besut, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman di Terengganu juga diramal hujan lebat.

Di Pahang, daerah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Kuantan, Pekan dan Rompin turut dijangka hujan lebat.

Cuaca buruk juga diramal melanda Tangkak, Segamat, Muar, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru di Johor.

Beralih ke Sarawak, hujan lebat diramal di Sibu, Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Kapit (Song), Bintulu (Tatau) dan Miri (Beluru, Miri dan Marudi.

Manakala di Sabah pula membabitkan Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan) dan Pantai Barat (Papar, Penampang dan Ranau).

Image from: 9 Negeri, 1 Wilayah Diramal Hujan Lebat Malam Ini
Kredit: MetMalaysia

"Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," kata MetMalaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved