9 Pelajar KAFA, Wanita Cedera Akibat Badai Puting Beliung

LocalEnvironment
15 Oct 2025 • 8:44 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang wanita berusia 51 tahun cedera selepas terperangkap dalam runtuhan bangunan Pejabat Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Sijangkang susulan ribut kuat yang melanda daerah ini, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.24 petang berhubung kejadian di Dewan Wawasan Kampung Medan, Telok Panglima Garang.

“Ia membabitkan runtuhan bangunan pejabat penyelaras DUN yang mana terdapat seorang mangsa wanita berumur 51 tahun terperangkap di bawah runtuhan.
“Mangsa dalam keadaan sedar dan pada jam 5.05 petang, mangsa berjaya dikeluarkan serta mengalami kecederaan pada bahagian pinggang dan paha sebelum diserahkan kepada pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

image is not available

Wanita Cedera Akibat Badai Puting Beliung

Ahmad Mukhlis berkata, runtuhan turut menjejaskan surau KAFA berhampiran dan mengakibatkan tujuh hingga sembilan pelajar mengalami kecederaan ringan.

“Kesemua mangsa dirawat oleh pegawai perubatan yang berada di lokasi,” katanya.

image is not available

image is not available

Artikel lain: Kes Tikam Pelajar: Nota ‘Dunia Ni Palsu, Saya Sudah Menang’ Ditemui Pada Suspek

Terdahulu, tular di media sosial beberapa video dan gambar memaparkan kejadian ribut serta pusaran angin yang dipercayai berlaku di sebuah sekolah rendah di Banting.

image is not available

image is not available

Menerusi rakaman berdurasi 40 saat, kelihatan kepingan bumbung dan sampah berterbangan dalam pusaran angin, manakala video lain menunjukkan sebahagian bumbung sekolah roboh hingga mencetuskan panik dalam kalangan kakitangan.

Sumber: FB Media Selangor CN, Harian Metro (Norzamira Che Noh)