
Nasi dagang adalah hidangan tempatan istimewa yang terkenal di Kelantan dan Terengganu. Ia biasanya dihidang sebagai juadah untuk sarapan.
Secara tradisionalnya, nasi dibungkus menggunakan daun pisang dibentuk seperti kon dan diikat dengan lidi. Namun apabila zaman semakin moden pelbagai cara digunakan untuk membungkus menu Pantai Timur ini.
Ada kelainan sedikit bagi nasi dagang Kelantan dan Terengganu. Nasi dagang Terengganu biasanya diperbuat daripada campuran beras dan beras pulut yang dimasak bersama-sama santan kelapa.
Hidangan yang dari Kelantan biasanya bewarna coklat kerana menggunakan beras berbeza dikenali ‘beras dagang’. Kini hidangan popular ini bukan hanya digemari oleh mereka yang berasal dari Kelantan dan Terengganu sahaja. Malah ia mendapat permintaan di negeri-negeri lain di Malaysia. Jom kita tengok kedai nasi dagang mana paling best di KL!
9 Nasi Dagang terbaik di KL
1. Warung Kak Zai
View this post on Instagram
Gulai ikan tongkol di kedai ini dikatakan tiada tandingan. Digabungkan dengan nasi dagang Kelantan berwarna coklat, sudah pasti buat perut anda berkeroncong. Campuran beras dagang dan santan membangkitkan aroma yang pasti membuka selera anda.
Alamat: No. 1, Jalan AU3/1, 54200, Taman Keramat, Kuala Lumpur
Nombor telefon : 0173147566
Waktu operasi : 7 am – 12 am (buka setiap hari)
2. Tuu Dok Ko 1488
View this post on Instagram
Hidangannya enak tidak pernah mengecewakan. Sebenarnya dapat makan makanan yang sedap pasti akan membuatkan anda gembira sepanjang hari. Nampak sangat makanan mampu mempengaruhi mood seseorang. Kalau mahu ke sini perlu awal, kalau lambat melepaslah anda untuk nikmati hidangan popular dari Pantai Timur ini.
Alamat: Jalan Samudera Utara 2, Taman Samudera, 53100, Gombak, Kuala Lumpur
Nombor telefon : 0192158106
Waktu operasi : 6:30 am – 8 pm (buka setiap hari)
3. Kedai Kak Som
View this post on Instagram
Gabungan hidangan dan nasi yang lazat mengeluarkan aroma yang menggoda selera anda ditambah pula gulai ikan manis dan pedas pasti membuatkan anda tidak menyesal datang ke sini.
Alamat: No 13 B, Jalan Raja Muda Musa, 50300, Kampung Bharu, Kuala Lumpur
Nombor telefon: 0123964082
Waktu operasi: 9 pagi – 4 pagi (buka setiap hari)
4.Che Nah Nasi Dagang
Jika anda teringin masakan Kelantan boleh cuba tunaikan keinginan tekak anda di sini. Bau harum nasi dagang ditambah dengan ketulan ikan, telur rebus, kerisik dan tentunya acar. Tiada apa yang mengalahkan menu sarapan klasik ini.
Alamat: Jalan Setia Murni, Damansara Heights, 50490, Bukit Damansara, Kuala Lumpur
Waktu operasi: 7 am – 9 am (Isnin-Jumaat), 7 am – 10 am (Sabtu & Ahad)
5. Nasi Arab Wadi Daw’an

Nasi Arab Wadi Daw’an menampilkan kelainan apabila mencipta hidangan menu pantai timur ini dengan menerapkan unsur Arab padanya. Oleh itu, menjadikannya hidangan nasi dagang yang paling mesra Muslim dan paling sedap untuk sesiapa saja cuba.
Alamat: 5, Lorong Bukit Keramat 5, Au 1, 54000 Kuala Lumpur
Waktu operasi: 7.30 am – 6.30 pm (Isnin – Jumaat), 7.30 am- 3 pm (Sabtu), 7.30 am – 12 pm (Ahad)
6. Mok Teh Nasi Dagang Terengganu

Makanan di gerai ini memang cepat habis. Kalau lambat confirm melepas! Layanan yang baik dengan harga yang berpatutan membuatkan pengunjung tidak putus-putus mengunjungi kedai ini.
Alamat: No. 50, Jalan Wangsa Delima 6, Wangsa Maju, Kuala Lumpur, Malaysia
Nombor telefon: 012-2018997
Waktu operasi : 8.30 am – 2.30 pm (Selasa-Ahad)
7. Tokde@Gombak

Nasi dagang paling berkualiti boleh anda jumpa di sini. Mereka menawarkan pelbagai jenis lauk untuk anda pilih. Gerai ini menjadi pilihan orang tempatan khususnya warga Pantai Timur yang duduk di sekitar kawasan ini.
Alamat: Lorong Al-Huda, Batu 7, Jalan Gombak, Kampung Gombak Utara, 53100 Kuala Lumpur
Nombor telefon : 013-4142770
Waktu operasi : 7 am – 12 pm (buka setiap hari)
8. Nasi Dagang Pokbang

Menawarkan hidangan dengan portion yang besar. Harga makanan di sini yang berpatutan juga membuatkan pengunjung tidak putus-putus.
Alamat : 21,Jalan Dwitasik Dataran Dwitasik Bandar Sri Permaisuri Cheras Kuala Lumpur
Nombor telefon : 013-211 1398
9. Nasi Dagang & Nasi Lemak Terengganu

Bukan saja nasi dagang, bagi mereka yang mungkin tidak menggemari juadah popular ini, usah bimbang nasi lemak juga dijual di sini!
Alamat: 1, Jln Seri Rejang 3, Setapak Jaya, 53300 Kuala Lumpur
Nombor telefon: 018-374 7392
Waktu operasi : 7 am – 12 pm (Isnin-Jumaat) tutup Sabtu Ahad
Note : The information in this article is accurate as of the date of publication.
