9 wanita & termasuk 2 warga tempatan (freelance) terlibat dalam aktiviti persundalan di Terengganu, ditahan

7 Jan 2024 • 8:40 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Sembilan wanita, termasuk dua warga tempatan dan tujuh warga asing telah ditangkap dalam operasi anti-persundalan tahun lalu.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan, mengumumkan penangkapan berkenaan yang dilakukan melalui tiga operasi berasingan.

Pada Mei 2023, dua wanita tempatan yang menjalankan aktiviti persundalan secara persendirian atau ‘freelance’ di Kuala Terengganu telah ditangkap. Selain itu, tujuh wanita asing yang terlibat dalam sindiket persundalan juga telah ditahan.

Mereka terdiri daripada dua warga Indonesia, seorang warga Laos dan empat warga Thailand. Penangkapan ini dilakukan di tiga hotel bajet pada 28 Disember tahun lalu.

Datuk Mazli Mazlan juga menambah, semua warga asing yang ditahan mempunyai permit perjalanan yang sah. Namun, tiga daripada mereka didapati melanggar syarat permit dengan tinggal lebih lama daripada tempoh yang dibenarkan.

Hasil risikan polis juga mendapati aktiviti tidak bermoral ini turut berlaku di daerah Kemaman dan Dungun. Aktiviti tidak bermoral ini dipercayai telah mula memasuki kawasan peranginan di Terengganu.

Justeru, Polis Terengganu telah menubuhkan pasukan khas untuk mengekang penyebaran aktiviti tersebut di negeri ini yang terkenal dengan sektor pelancongannya.

Sumber: Bernama

Tak nak ketinggalan berita terkini? Sertai kami di Facebook, Instagram, X (Twitter), Telegram, WhatsApp dan Threads!