90 maut jambatan runtuh di Gujarat, India

31 Oct 2022 • 10:55 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 90 orang terbunuh manakala ramai lagi dilaporkan hilang selepas sebuah jambatan pejalan kaki runtuh di Gujarat, India pada Ahad.

Beratus-ratus pengunjung menggunakan jambatan gantung yang dibina ketika era pemerintahan British di sungai Machchhu bandar Morbi itu sebelum ia tiba-tiba runtuh.

Jambatan pejalan kaki sepanjang 232 meter, sebuah lokasi pelancongan popular dibuka semula minggu lalu selepas ditutup selama tujuh bulan untuk pengubahsuaian, lapor media tempatan.

Mangsa termasuk kanak-kanak yang sedang bersiar-siar bersama keluarga.

“Jambatan itu tiba-tiba runtuh ketika kami berada di atasnya. Semua orang terjatuh,“ kata seorang saksi.

Setakat ini lebih 90 orang maut manakala anggota penyelamat sedang mengesan berpuluh mangsa yang masih hilang.-Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved