90 rumah atas air musnah dalam kebakaran di Sandakan

7 Mar 2023 • 1:45 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

SANDAKAN: Kira-kira 90 rumah atas air musnah dalam satu kebakaran di Kampung Cenderamata, Batu Sapi dekat sini awal pagi Isnin.

Ketua Zon 6 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sandakan Jasri Abd Jal berkata pihaknya menghantar satu pasukan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada 3.06 pagi.

“Tiada mangsa cedera mahupun kehilangan nyawa. Alhamdulillah semuanya selamat, walaupun kami tahu kebakaran ini agak besar juga, berlaku awal (sebelum) subuh dalam keadaan yang gelap,” katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian di sini pada Isnin.

Menurut Jasri, api berjaya dikawal pada 4.53 pagi dan padam sepenuhnya pada 7.48 pagi.

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Abd Fuad Abd Malek berkata Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) telah diaktifkan dan semua mangsa ditempatkan di Program Perumahan Rakyat (PPR) Batu Sapi yang dijadikan pusat penempatan sementara (PPS).

Menurutnya, setakat ini 34 keluarga telah berdaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am dan proses pendaftaran masih berjalan di PPS tersebut.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.