900 ekor ular terlepas selepas ladang musnah akibat banjir Taufan Maysak di China

WorldEnvironment
9 Jul 2026 • 5:47 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Ular terlepas selepas ladang pembiakan musnah akibat banjir di Guangxi China

Kira-kira 900 ekor ular dilaporkan terlepas selepas sebuah ladang pembiakan musnah akibat banjir susulan hujan lebat yang dikaitkan dengan Taufan Maysak di wilayah Guangxi, selatan China.

Menurut laporan CGTN, kejadian berlaku di kawasan Hengzhou selepas air banjir merosakkan kemudahan pembiakan ular, menyebabkan sejumlah besar reptilia itu keluar dan bergerak ke kawasan berhampiran.

Pihak berkuasa memaklumkan pasukan penyelamat telah dikerahkan bagi menangani situasi berkenaan, selain menasihatkan penduduk supaya tidak cuba menangkap ular yang ditemui dan segera melaporkan kepada pihak berkenaan.

Laporan awal menyebut antara ular yang terlepas termasuk ular air yang tidak berbisa, namun terdapat juga kebimbangan beberapa ekor ular tedung berbisa turut melarikan diri daripada ladang tersebut.

— Bin Xie (@bxieus) July 8, 2026
Baca juga:

Seorang pegawai tempatan berkata, anggaran awal menunjukkan antara 800 hingga 900 ekor ular berjaya keluar selepas ladang itu dihanyutkan air banjir. Seorang penduduk turut dilaporkan mengalami gigitan ular dan menerima rawatan di hospital.

Banjir di Guangxi berlaku selepas hujan lebat melanda kawasan berkenaan susulan laluan Taufan Maysak, menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air dan operasi menyelamat dilaksanakan bagi membantu penduduk terjejas.

The post 900 ekor ular terlepas selepas ladang musnah akibat banjir Taufan Maysak di China appeared first on The Reporter.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved