902 kes baharu Covid-19, 6 kematian

24 Dec 2022 • 8:46 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Malaysia merekodkan 902 kes baharu Covid-19 pada Jumaat. - Gambar hiasan

SHAH ALAM - Sebanyak 902 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Jumaat dengan lima daripadanya merupakan kes import.

Pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kes pandemik itu di negara ini meningkat kepada 4,983,641.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal KKMNOW, enam kematian akibat Covid-19 dicatatkan dan tiga daripadanya melibatkan kes di luar fasiliti hospital,'brought-in-dead' (BID).

Ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat wabak itu di Malaysia bertambah kepada 36,830.

Terdapat 44 kes ditempatkan di wad unit rawatan rapi (ICU) dengan 31 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.