Orang asli Bateq kembali ke rumah

16 Jun 2019 • 10:25 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

GUA MUSANG - Penduduk orang asli suku Bateq, Kampung Kuala Koh, di sini, mula pulang ke perkampungan mereka mulai semalam.

Perkampungan itu ditinggalkan sejak awal bulan lalu selepas kematian misteri menghantui mereka apabila 13 penduduk meninggal dunia secara berterusan.

Petang semalam, masing-masing mengemas barang-barang di penempatan mereka dan memasukkannya ke dalam kenderaan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) yang disediakan.

ARTIKEL BERKAITAN: Kesemua mayat orang asli Bateq ditemukan

Bagaimanapun, sehingga kini, kawasan berkenaan masih belum boleh dimasuki dan diisytiharkan sebagai zon merah sejak hari pertama Ops Bateq.

Semalam, polis berjaya menemukan 12 kubur sepanjang empat hari Ops Bateq dan membawa keluar empat mayat dan rangka penduduk yang meninggal dunia sejak 2 Mei lalu.

Lapan lagi mayat dan rangka akan dibawa keluar secara berperingkat dan dihantar ke Hospital Gua Musang (HGM) untuk tindakan susulan.


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved