92 peratus bayi di Gaza tidak dapat keperluan pemakanan asas

1 May 2025 • 6:44 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

NEW YORK, 1 MEI: Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA) di wilayah Palestin yang diduduki melaporkan peningkatan 80 peratus dalam bilangan kanak-kanak yang menerima rawatan kekurangan zat makanan pada April berbanding Mac.

Menurut Agensi Berita Palestin (WAFA), krisis yang semakin meruncing ini disebabkan oleh sekatan berterusan Israel dan penutupan lintasan sempadan, yang menghalang penghantaran bekalan penting dengan ketara.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu, OCHA mendedahkan bahawa 92 peratus bayi berusia antara enam bulan hingga dua tahun, bersama ibu mereka, tidak mendapat keperluan pemakanan asas minimum, mendedahkan mereka kepada risiko kesihatan jangka panjang yang serius.

Laporan itu juga menyatakan bahawa 65 peratus penduduk Gaza tidak mempunyai akses kepada air minuman bersih, meningkatkan lagi krisis kemanusiaan yang sudah kritikal.

– BERNAMA-WAFA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved