20 Ahli Dewan Diraja Selangor terima watikah pelantikan

29 Nov 2019 • 7:25 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KLANG - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat pada Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Menerima Watikah Pelantikan Ahli-Ahli Dewan Diraja Selangor bagi tempoh 1 Disember 2019 sehingga 30 November 2022.

Selangor Royal Office melalui Facebook rasminya memaklumkan kesemua 20 Ahli Dewan Diraja Selangor mengangkat sumpah dan menerima watikah pelantikan daripada Sultan Sharafuddin di Balai Dewan Diraja Istana Alam Shah Klang semalam.

Turut berangkat, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.

Mendahului istiadat angkat sumpah ialah Tengku Laksamana Selangor, Tengku Sulaiman Shah disaksikan Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Indera Abd Halim Aman.

Turut menerima watikah ialah Tengku Panglima Besar Selangor, Tengku Abdul Samad Shah dan Tengku Indera Setia Selangor, Tengku Ahmad Shah.


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved