94% pelanggan terjejas akibat insiden kebakaran di Putra Heights peroleh semula bekalan gas

LocalBusiness & Finance
17 Apr 2025 • 5:57 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

94% pelanggan terjejas akibat insiden kebakaran di Putra Heights peroleh semula bekalan gas

image is not available

17/04/2025 - 17:57

Oleh 'AINA SYAZWINA

KUALA LUMPUR 17 April – Gas Malaysia Bhd memaklumkan bekalan gas telah dipulihkan kepada 259 daripada 275 pelanggan yang terjejas susulan insiden kebakaran paip gas di Putra Heights pada 1 April lalu.

Jumlah itu mewakili kira-kira 94% daripada keseluruhan pelanggan terlibat.

Pemulihan itu berjaya direalisasikan selepas pembekal gas memperoleh tambahan bekalan menerusi sistem saluran paip Trans Thailand-Malaysia (TTM).

Gas Malaysia "menasihati dengan tegas" agar pelanggannya "menggunakan bekalan gas mengikut kapasiti yang disyorkan bagi mengekalkan integriti dan keselamatan rangkaian pengagihan gas," merujuk kepada kenyataan terkini oleh Petronas Gas Bhd anggaran terbaik untuk pemulihan penuh bekalan gas adalah pada 1 Julai 2025.

Insiden letupan di saluran paip cabang di Putra Heights itu menjejaskan hampir 300 syarikat, khususnya di Lembah Klang dan wilayah Utara Semenanjung Malaysia.

Bekalan gas tambahan melalui TTM telah meningkatkan bekalan gas dengan ketara ke kawasan-kawasan terjejas di Lembah Klang dan beberapa bahagian di wilayah Utara Semenanjung Malaysia.

"Gas Malaysia amat menghargai kesabaran dan kefahaman para pelanggan kami sepanjang tempoh mencabar ini. Kami komited untuk mengekalkan tahap keselamatan dan integriti operasi yang tertinggi," katanya.

Gas Malaysia memberi jaminan akan terus bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa, pengawal selia serta pemegang taruh berkaitan bagi menyediakan sokongan sewajarnya.- DagangNews.com

standard