Masihkah anda ingat awal tahun 2021 media sosial dilanda deman NFT. Token yang tidak boleh diubah ini dinobatkan sebagai pelaburan baharu yang menguntungkan. Selebriti luar negara dan tempatan berebut-rebut melancarkan koleksi NFT mereka tersendiri dengan pelbagai janji manis mengenai ia bukan sekadar koleksi gambar beruk. Kita kini di penghujung 2023 dan dappGambl melaporkan 95% koleksi NFT di pasaran sekarang langsung tidak mempunyai nilai.

dappGambl menganalisa 73,257 koleksi NFT dan pada ketika 69,795 daripadanya mempunyai nilai 0 ETH. Dianggarkan sebanyak 23 juta pelabur kini mempunyai koleksi NFT langsung tidak bernilai. Hanya sekitar 1% koleksi NFT yang didapati mempunyai nilai melebihi $1000 pada waktu ini seperti koleksi Bored Ape Yacht Club.
Walaupun demam NFT sudah berakhir, masih terdapat koleksi-koleksi baharu dilancarkan tahun ini. Di Malaysia komuniti NFT yang dahulunya agak aktif kini sudah mengecil dengan terdapat beberapa kontroversi mengenai penipuan yang tular beberapa bulan yang lalu.
