
MEMBAKUT: Kejohanan Petanque Terbuka Membakut menyaksikan penyertaan 95 pasukan membabitkan 288 atlet dari seluruh Sabah termasuk Sarawak dan negara Brunei.
Penganjuran julung kali diadakan di Dewan Terbuka Membakut selama tiga hari bermula Jumaat lalu itu turut disertai tiga atlet negara yang pernah bersaing di Sukan SEA, baru-baru ini.
Wang tunai RM3,000 serta trofi untuk pasukan juara menjadi rebutan semua peserta selain hadiah wang tunai RM1,500 dan trofi untuk tempat kedua, RM1,000 tempat ketiga dan saguhati sehingga kedudukan ke sembilan.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap wakil rakyat Membakut, Datuk Dr. Ariffin Arif turut hadir merasmikan kejohanan yang turut disertai atlet termuda berumur 9 tahun dari Labuan.
SPONSORED CONTENT Shell’s Access to Energy helps power lives of isolated communities in Sabah Kota Kinabalu: In 2017, Sabah Shell Petroleum Co Ltd (SSPC) launched Access to Energy (A2E), a Shell Social Investment programme aimed at providing affordable and continuous supply of electricity from renewable sources for communities who live without connection to the electricity grid. Read more Beliau yang juga penaung Kelab Petanque Membakut berkata, kejohanan itu akan menjadi acara tahunan di kawasan ini memandangkan sukan itu semakin mendapat tempat di kalangan golongan muda.
Pada masa sama katanya, usaha Persatuan Petanque Sabah itu juga mampu menarik minat lebih ramai generasi untuk mempelajari dan terlibat dalam sukan yang popular di Perancis itu.
“Walaupun baharu, namun sukan ini semakin mendapat tempat di hati anak-anak kita dan tidak mustahil ia akan turut popular serta kerap dimainkan sebagaimana sukan rakyat lainnya.
“Terima kasih kepada semua pihak khususnya Persatuan Petanque Sabah yang telah bekerja keras untuk menjayakan kejohanan kali pertama diadakan dan ia akan menjadi acara tahunan kita,” katanya.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

