Samsung adalah sebilangan kecil pengeluar yang masih menghasilkan peranti rekaan clamshell yang popular pada awal tahunn 2000. Samsung W2019 misalnya mempunyai spesifikasi yang sama dengan Galaxy S9 tetapi masih mempunyai kekunci T9 fizikal dan hanya dijual untuk pasaran China. Rekaan ini mungkin akan kembali popular dengan pengguna skrin boleh lipat.

Harus kami akui rekaan peranti clamshell adalah amat berguna bagi mereka yang inginkan peranti dengan saiz yang kecil apabila tidak diperlukan. Motorola StarTac masih antara telefon mudah alih yang kami gemari rekaannya kerana ia mempunyai rekaan yang kecil padat. Adakah Samsung akan menghidupkan semula pasaran telefon pintar dengan rekaan klasik ini dalam masa terdekat?
