967 Saman Dikeluarkan dalam 3 Operasi Trafik Serentak di KL

LocalPolitics
12 Aug 2024 • 10:45 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Sebanyak 967 saman telah dikeluarkan dalam tiga operasi serentak yang dijalankan oleh pihak berkuasa di Kuala Lumpur. Operasi Bersepadu yang melibatkan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) ini telah dilaksanakan di beberapa lokasi utama termasuk Jalan Sultan Azlan Shah, Jalan Tun Razak, dan Jalan Bangsar.

Cuba Elak Sekatan Jalan Raya

image is not available

Operasi tersebut turut menyaksikan beberapa penunggang motosikal bertindak melawan arus dan berhenti di kawasan berhampiran untuk mengelak daripada melalui sekatan jalan raya (SJR). Gelagat mereka ini berjaya dikesan oleh pihak berkuasa sebelum dikenakan tindakan sewajarnya.

Penahanan dan Penyitaan Kenderaan

image is not availableimage is not available

Menurut Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azry Akmar Ayob, operasi yang bermula dari jam 11 pagi hingga 5 pagi hujung minggu lalu membabitkan pemeriksaan sebanyak 2,397 kenderaan. Hasil operasi tersebut, 29 kenderaan disita kerana ubah suai struktur asal. Selain itu, lapan individu berusia antara 18 hingga 28 tahun ditahan kerana positif dadah, manakala 13 lagi ditahan kerana didapati mabuk.

Tujuan Operasi dan Peringatan Kepada Orang Ramai

image is not available

Tujuan utama tiga operasi ini iaitu Op Bersepadu, Op Tutup dan Op Mabuk adalah untuk memastikan pengguna jalan raya, terutama penunggang motosikal, mematuhi undang-undang.

Datuk Azry turut menasihatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi undang-undang dan arahan pihak berkuasa, termasuk memberhentikan kenderaan untuk pemeriksaan di SJR. Beliau juga mengingatkan bahawa tindakan akan diambil terhadap penunggang yang melakukan aksi berbahaya seperti zig zag dan Superman, yang boleh didakwa mengikut Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sumber: Harian Metro