98 Orang Asal Sabah Dan Sarawak Berlepas Ke KL, Dengan Pakaian Tradisional

19 May 2023 • 4:16 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

98 ahli kumpulan menaiki penerbangan Kuching ke KL dengan pakaian tradisional

98 Orang Asal Sabah Dan Sarawak Berlepas Ke KL, Dengan Pakaian Tradisional. Sekumpulan 98 ahli Gabungan Anak Negeri Sarawak dan Sabah berpakaian tradisional berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching ke Kuala Lumpur semalam untuk menyertai Borneo Native Festival hujung minggu ini.

Menurut sumber, Ahli Parlimen Lubok, Antu Roy Angau Gingko telah menyempurnakan pelepasan kumpulan yang diketuai oleh Peter John Jaban.

“Saya berbangga kerana acara seperti ini dapat terus mempromosikan budaya kita di Borneo ke mata Malaysia,” katanya kepada laporan.

image is not available
Pakaian tradisional Sabah. Sumber: Blog

Semenanjung juga berpeluang melihat budaya Sabah dan Sarawak

Menurutnya, orang di Semenanjung Malaysia akan berasa gembira kerana mereka akan dapat melihat budaya dan pakaian tradisional pelbagai etnik di Sabah dan Sarawak.

Bahkan, beliau juga menyatakan bahawa kumpulan itu akan menunjukkan kepada dunia betapa bangganya negeri-negeri Borneo dengan budaya mereka.

Cara yang baik untuk promosikan Malaysia Madani

Dalam pada itu, Roy mengatakan idea untuk menghadiri festival itu merupakan kaedah yang baik untuk mempromosikan konsep Malaysia Madani, iaitu perpaduan.

Bagi Peter, memakai pakaian tradisional pelbagai kumpulan etnik di Sarawak dan Sabah adalah cara untuk menyedari dunia bahawa penduduk tempatan Borneo masih wujud.

image is not available
Pakai tradisional Sarawak. Sumber: INTI

“Ia juga untuk memberitahu dunia bahawa Orang Asal Sarawak dan Sabah adalah rakyat Malaysia kerana terdapat ramai orang dari luar Malaysia yang tidak menyedari bahawa Orang Asal dari kedua-dua negeri adalah rakyat Malaysia,” ujarnya lagi.

Bukan itu sahaja, difahamkan para peserta juga akan berarak satu kilometer dari Dataran Merdeka ke Pasar Seni iaitu tapak Pesta Anak Negeri Borneo (Borneo Native Festival).

Untuk makluman, pada 30 April lalu, kumpulan itu turut menaiki pesawat dari Miri ke Kota Kinabalu, Sabah dengan berpakaian tradisional.

Baca juga artikel yang berkaitan: