984 pelajar Sabah ‘ponteng’ SPM

27 Jun 2024 • 4:02 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Hayati Dzulkifli

Kota Kinabalu: Kira-kira 984 pelajar di Sabah tidak mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lepas, penurunan ketara berbanding 2022 apabila seramai 1,564 pelajar tidak hadir.

984 pelajar tidak hadir itu datang dari sekolah menengah di bandar dan luar bandar di Sabah.

Antara sebab tidak mengambil SPM termasuklah berkahwin awal atau mencari kerja.

Ada yang tidak berminat untuk belajar manakala terdapat juga mereka yang sakit atau meninggal dunia.