99 aduan harga makanan diterima

27 Mar 2023 • 6:16 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Salahuddin (dua dari kiri) melawat tapak jualan selepas menyempurnakan Pelancaran Bazar Ramadan Rahmah (BRR) Peringkat Kebangsaan di Bazar Ramadan Rahmah Presint 14 pada Isnin. - Foto Bernama

PUTRAJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) menerima 99 aduan berkaitan harga makanan yang dijual di seluruh negara selepas lima hari Ramadan.

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, pegawai dan penguat kuasa KPDN akan sentiasa memantau harga dan mengambil pendekatan memberi nasihat kepada peniaga.

"Bukan denda, rampas...Tidak. Kita akan nasihat agar tidak mengulanginya," katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Bazar Ramadan Rahmah (BRR) Peringkat Kebangsaan di Presint 14, di sini pada Isnin.

AKAN MENYUSUL