99 Pekerja Dipecat CEO Kerana Tidak Hadir Mesyuarat Pagi

LocalBusiness & Finance
19 Nov 2024 • 2:32 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Hanya sebab tidak hadir mesyuarat pagi, seramai 99 pekerja telah dipecat oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat di Amerika.

CEO yang dikenali sebagai Baldvin Oddsson mengambil keputusan itu kerana pekerja tidak menggunakan peluang yang diberikan sepenuhnya.

Pekerja melanggar kontrak

image is not available

Mana-mana mereka yang tidak hadir semasa mesyuarat pagi, ini dianggap notis rasmi anda: Anda dipecat atas sebab gagal melakukan apa yang anda telah mempersetujui, anda gagal melengkapkan kontrak dan hadir mesyuarat yang sepatutnya.

Log keluar daripada semua akaun dan keluarkan diri anda daripada Slack ini dengan segera.

Daripada 110 pekerja syarikat itu, hanya 11 yang hadir dan tidak diberhentikan.

Menariknya surat dari CEO yang membuat pengumuman pemecatan itu dikongsikan di aplikasi Reddit oleh seorang pelatih di syarikat tersebut.

#OhmediaNasihat

Sebagai pekerja yang dibayar gaji bulanan, gunakan peluang korang dengan sebaiknya dan jangan buat masalah sehingga dipecat

image is not available

Jap!

Syarikat
Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Sinar Harian