
PITAS: Seramai 993 mangsa banjir ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dekat sini sejak Jumaat berikutan hujan lebat berterusan menyebabkan paras air di dua buah sungai iaitu Sungai Kabatasan dan Sungai Bengkoka berada pada paras bahaya.
Penolong Pegawai Daerah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Pitas, Asdi@Mohd Faizal Hussin berkata, jumlah mangsa banjir tersebut merangkumi seramai 338 ketua isi rumah.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Menurut Asdi, tujuh buah PPS telah dibuka bagi menempatkan kesemua mangsa yang terdiri daripada 656 dewasa, 255 kanak-kanak, 31 bayi dan 37 warga emas serta tiga orang kelainan upaya sehingga hari ini (Sabtu).
Katanya, sebanyak 20 buah kampung terjejas iaitu Kampung Tambilidon, Layang, Pandan Mendamai, Rukom, Sibaung, Saab, Kemiri, Bawang, Masin Kecil, Sinasak Batu, Sinasak Tanjung, Ranggu, Pinggan-Pinggan, Nibang, Salimpodon Darat, Lugu, Soso Bai, Kusilad, Pondoi, dan kampung Sinsilog.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Asdi berkata, kampung yang terputus hubungan ialah Kampung Mandurian Laut, Salungkapit, Dandun Seberang, Dandun Pusat, Bilangau Besar, Dandun Laut, dandun Darat, Nibang, Sumbilingon, Masin, Layung, Rukom Laut, Rukom Ulu, Sulakalung, Sinukab, Pangkalan Kanibongan, Pandan Mandamai, Layang dan Kampung Sinukab.

