Polis berusaha kesan pembeli gading gajah Pygmy

2 Oct 2019 • 10:47 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KALABAKAN - Polis sedang berusaha mengesan pihak yang dikatakan membeli gading gajah Pygmy yang dibunuh di Sungai Udin, Dumpas dekat sini, minggu lepas dan akan menyiasat kemungkinan kegiatan itu melibatkan satu sindiket tersusun.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata, polis akan meneruskan siasatan bagi mengesan ‘transporter’ atau pembeli gading gajah berkenaan dan tidak menolak ada lagi tangkapan akan dibuat berhubung kes pembunuhan gajah itu.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di tanah kebun koperasi Felda Umas, yang merupakan tempat penyembunyian gading gajah Pygmy itu kira-kira 10 kilometer dari lokasi haiwan berkenaan dibunuh di kawasan rizab Sungai Udin.

"Seorang daripada suspek yang ditahan merupakan individu yang memotong gading gajah yang dibunuh itu sebelum menyembunyikannya di sini," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi penyembunyian gading gajah itu di Felda Umas iaitu kira-kira 71 kilometer dari bandar Tawau.

Terdahulu dalam persidangan media di Tawau, Peter memaklumkan bahawa polis menahan enam individu yang disyaki terlibat dalam kes itu antara tengah malam tadi dan tengah hari ini. - Bernama


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved