Telefon 5G Dijangka Akan Mencecah Pengeluaran Sebanyak 1.9 Bilion Menjelang Akhir 2023

5 Jul 2019 • 12:09 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kita pada saat ini berada pada era permulaan 5G, yang mana ia baru sahaja diperluaskan kepada sejumlah kecil lokasi di dunia. Namun penggunaannya dijangka akan terus meningkat, dengan adanya kemudahan infrastruktur dan peranti yang lebih meluas.

Menurut Canalys, pengeluaran telefon 5G bakal terus melonjak dalam masa sekitar 4-5 tahun lagi. Perkara ini disebabkan daripada kesediaan peranti 5G yang lebih meluas, disamping menawarkan harga yang lebih berpautan kepada pengguna. Menurut mereka, pengeluaran telefon ini akan mencapai melebihi 1.9 bilion pengeluaran menjelang akhir tahun 2023.

image is not available

Peningkatan ini dijangka akan didorang secara besar daripada penggunaan peranti 5G di China dan Amerika Syarikat. China bakal menyumbang sebanyak 34% untuk pasaran 5G, sementara A.S akan memberi penggunaan sebanyak 18.8%. Pada tahun 2023, sebanyak 62.7% yang dikeluarkan di China adalah berasaskan teknologi 5G.

Walau bagaimanapun, Canalys mengatakan jangkaan ini mungkin akan terdapat sedikit perubahan, berikutan daripada pemasangan infrastruktur 5G yang sedikit perlahan pada saat ini. Banyak negara masih sedang menyiasat keupayaan 5G ini terumata dari aspek sekuriti dan kesihatan.