Malaysia Airlines kecualikan fi perubahan tarikh

13 Mar 2020 • 2:10 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KUALA LUMPUR - Malaysia Airlines Bhd (MAB) memperkenalkan dasar perubahan ke atas tiket penerbangan yang paling fleksibel, menawarkan pengubahsuaian tanpa had dan percuma kepada semua tempahan baharu dan sedia ada, berkuat kuasa serta-merta berikutan kesan penularan Covid-19.

Syarikat penerbangan nasional itu berkata semua pelanggan boleh memanfaatkan perubahan tanpa had bagi tarikh penerbangan mereka dengan pengecualian fi perubahan tarikh dan mereka juga boleh mengubah suai destinasi, dengan sebarang perbezaan tambang akan dikenakan.

“Dasar ini terpakai bagi tiket yang dikeluarkan pada dan sebelum 31 Mac, 2020. Semua tempahan semula perlu dibuat pada atau sebelum 31 Mei, 2020. Perjalanan balik bagi tempahan semula itu perlu dibuat sebelum atau pada 31 Dis, 2020,” menurut syarikat itu menerusi kenyataan hari ini.

MAB berkata, tempahan semula perlu dibuat di Pejabat Jualan Tiket Malaysia Airlines atau menerusi Pusat Hubungan Global Malaysia Airlines di talian 1-300-88-3000 (di Malaysia) atau +603 7843 3000 (di luar Malaysia) selain melalui ejen yang dilantik Malaysia Airlines.

Selain itu, penumpang yang ingin berlepas lebih awal pada hari berlepas yang sama boleh berbuat demikian, dan ia bagi perjalanan di antara 13 Mac dengan 21 Mei, 2020, tertakluk kepada kebolehsediaan, menurut MAB.- Bernama


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved