Vivo Y17 Dengan Bateri 5000mAh, Tri-Kamera Kini Boleh Dipra-Tempah Di Malaysia Pada Harga RM999

5 May 2019 • 8:13 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Vivo Malaysia agak aktif dalam pengenalan peranti baru mereka untuk pasaran tempatan, dan terbaru, kini mereka telah mengumumkan penawaran satu lagi telefon pintar berspesifikasi pertengahan terbaru mereka, iaitu Vivo Y17.

image is not available

Vivo Y17 hadir dengan fokus terhadap penawaran bateri berkapasiti 5000mAh yang boleh dicas pantas, selain penggunaan tri-kamera dibahagian belakang.

Dari segi spesifikasi, ia menggunakan skrin 6.35-inci bertakuk beresolusi 720×1544 pixel, cip pemprosesan MediaTek MT6765, memori 4GB RAM dan storan 128GB. Telefon pintar ini dilengkapi kamera swafoto 20-megapixel, selain tri-kamera belakang gabungan 13MP + 8MP + 2MP.

image is not available

Di Malaysia, Vivo Y17 ini membawakan tanda harga RM999. Vivo Malaysia membuka pra-tempahan untuk peranti ini sehingga 10 Mei 2019 kelak, dimana pengguna yang pra-tempah akan menerima lanjutan jaminan tambahan 6 bulan, selain sebuah speaker Bluetooth mini percuma.

Beli : Vivo Y17

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved