Vivo Malaysia mengacah pelancaran peranti V17 Pro mereka yang bakal dilengkapi enam kamera beberapa hari yang lalu. Pasti ramai yang tertanya-tanya apakah konfigurasi kamera yang bakal digunakan. Misteri tarikhnya terjawab selepas ia disahkan akan dilancarkan pada 20 September hadapan di India.

Beberapa maklumat lain yang tertiris mengatakan ia dilengkapi skrin 6.4″ AMOLED, dijana cip Snapdragon 675, memori sebesar 8GB RAM. storan 128GB, kamera utama 48+8+2+2 Megapixel, kamera hadapan pula sebesar 32-Megapixel dengan sensor kedalam dan akhir sekali bateri sebesar 4100 mAh.

