Peranti Apple secara tradisinya mempunyai kapasiti bateri yang jauh lebih kecil berbanding peranti Android, Ini mengakibatkan pengguna perlu membeli powerbank atau kerangka dengan bateri tambahan terbina. Antara aksesori rasmi yang ditawarkan oleh Apple ialah Smart Battery Case, Nampaknya aksesori ini untuk ketiga-tiga model iPhone 11 akan dilancarkan kelak selepas gambarnya tertiris ke arena web.

Tahun ini ketiga-tiga iPhone 11 dilengkapi saiz bateri yang besar tetapi jika ia masih belum menawarkan hayat bateri yang memuaskan kerangka Smart Battery Case disasarkan kepada anda.
