Motosikal elektrik pertama Harley Davidson iaitu Liverwire diperlihatkan pada November tahun lalu selepas dalam pembangunan selama empat tahun. Ketika dilancarkan tidak maklumat mengenai spesifikasi motosikal dikongsi. Misteri mengenai motosikal ini terjawab selepas ianya diumumkan menerusi laman rasmi sejurus sebelum jualan dibuka.

Menerusi sistem pengecasan palam rumah tahap 1, ia hanya mampu bergerak sejauh 21 kilometer untuk pengecasan selama 1 jam. Sekiranya bateri habis di atas lebuh raya, penunggang perlu menanti masa yang amat lama untuk menyambung perjalanan. Ia menyokong pengecasan tahap 3 yang mampu memberikan pengecasan sepenuhnya dalam masa hanya sejam. Namun begitu tidak banyak pengecasan tahap 3 disediakan pada waktu ini.
Livewire akan mula dijual di Amerika Syarikat tahun ini sebelum ditawarkan ke pasaran Eropah pada tahun 2020. Bagi yang berminat Harley Davidson Livewire dijual pada harga bermula $29,799 (~RM 123,000) sebuah.
