Samsung Mungkin Akan Hadir Dengan Galaxy S10 Lite

TechnologyDigital
14 Oct 2019 • 11:01 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Versi “lite” untuk sesuatu peranti kebiasaannya adalah versi yang lebih murah atau variasi dengan spesifikasi yang lebih rendah. Untuk Samsung pada tahun ini kita sudah lihat Galaxy S10e, iaitu variasi yang paling murah dan spesifikasi yang paling rendah untuk siri Galaxy S10.

image is not available

Tetapi baru-baru ini, ada kedengaran yang Samsung akan hadir dengan Samsung Galaxy Note 10 Lite dengan nombor model SM-N770F. Mana-mana nobor model SM-Nxxxx adalah peranti Galaxy Note dan kali terakhir nombor model berformat SM-NxxxF adalah pada tahun 2014 melalui Galaxy Note 3 Neo. Jadi, SM-N770F ini mungkin adalah peranti Galaxy Note ‘Neo’ baharu. Tidak cukup dengan itu, Samsung turut dilaporkan akan hadir dengan peranti Galaxy S10 Lite juga. Nombor model peranti ini adalah SM-G770F dan ia mungkin akan mempunyai spesifikasi seakan Galaxy A91.

image is not available

Galaxy A91 dilaporkan dijana Snapdragon 855, RAM 8GB, storan 128GB, tri-kamera 48MP + 12MP + 5MP, kamera swafoto 32MP, bateri 4500mAh, skrin 6.7″, dan menjalankan Android 10. Jika benar Galaxy S10 Lite ini wujud, spesifikasinya akan lebih hebat dari Galaxy S10e. Kemudian, jika benar kedua-dua Galaxy Note Lite dan Galaxy S10 Lite ini dilancarkan ia mungkin akan dijual pada harga “murah” bagi bersaing dengan jenama-jenama lain.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved