Xiaomi Menjenamakan Semula Mi Drop Sebagai ShareMe – Aplikasi Perkongsian Fail Berasaskan P2P

TechnologyDigital
22 Jul 2019 • 3:49 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Xiaomi pada sebelum ini telah hadir dengan Mi Drop yang dapat memudahkan pengguna berkongsi fail antara satu sama lain. Bagi menambah baik lagi penjenamaan aplikasi ini, Xiaomi telah menjenamakannya sebagai ShareMe berbanding penjenamaan Mi Drop sebelum ini.

Xiaomi tidak menyatakan sebarang sebab mengapa mereka menjenamakannya, namun ia memberi perspektif yang baik untuk pemasaran. Selepas ini, aplikasi ni mungkin tidak hanya akan ditawarkan pada peranti Xiaomi, malah boleh dipasang secara terbina pada peranti-peranti lain. Langkah ini seumpama aplikasi SHAREit, yang mana asalnya hanya ditujukan untuk peranti Lenovo.

image is not available

Seperti Mi Drop, ShareMe membolehkan pengguna menghantar fail melalui kaedah P2P tanpa memerlukan sebarang internet. Ia menawarkan kelajuan 200 kali lebih pantas berbanding Bluetooth, dan mampu memberi kelajuan data sehingga 50/saat melalui sambungan WiFi.

Aplikasi ShareMe telah ditawarkan secara percuma, yang mana anda boleh memuat-turun atau mengemaskininya melalui halaman Google Play Store. Dengan adanya ShareMe, anda dapat menikmati penghantaran setempat dengan lebih pantas – walaupun anda mempunyai kekangan untuk mendapatkan akses penyambungan internet.