” Jika Ia Benar Bertaubatlah Wahai Insan” – PU Abu Titip Nasihat Buat Sajat

LocalPolitics
3 Feb 2020 • 5:08 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Nampaknya nama usahawan kosmetik, Sajat tidak lekang dari kalangan semua masyarakat Malaysia harini. Malah berita mengenainya turut mendapat liputan meluas media selepas dia didakwa mengenakan pakaian wanita sewaktu menunaikan umrah di tanah suci Mekah.

image is not available

Beberapa pendakwah terkenal seperti PU Amin serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Muhajid Yusof turut memberikan pendapat dan kelihatan tidak senang dengan tindakan yang dilakukan Sajat tersebut.

Terbaru seorang lagi mutawif yang juga pendakwah bebas, PU Abu turut tampil menyuarakan pendapatnya mengenai isu ini.

View this post on Instagram

Perkongsian buat semua.Sekiranya ia benar bertaubatlah wahai insan.Tanah haram adalah tempat yang mulia,Allah pasti lindungi dari benda yang haram.Moga kita semua di berikan hidayah oleh Allah untuk mengambil pengajaran dari apa yang berlaku.Amiiin 🙏🏼🙏🏼🤲🏼🤲🏼 . Mohon komen yang baik2 kerana setiap kata2 kita adalah doa 😊🙏🏼 . Cc to Dr Abdul Basit Abd Rahman

A post shared by Abu Sufyan Mokhtar (@_sufyanmokhtar) on

“Perkongsian buat semua.Sekiranya ia benar bertaubatlah wahai insan.Tanah haram adalah tempat yang mulia,Allah pasti lindungi dari benda yang haram.

“Moga kita semua di berikan hidayah oleh Allah untuk mengambil pengajaran dari apa yang berlaku” tulisnya sebagai kapsyen

PU Abu turut berkongsi foto berkongsi dalil tentang amaran dan ancaman melakukan kezaliman atau maksiat di Madinah yang dipercayai berkait rapat dengan usahawan kosmetik itu.

Didalam entri yang samapendakwah berkenaan turut memuat naik paparan skrin yang dipercayai di ambil dari media lain yang menulis usahawan kosmetik itu kini dalam buruan pihak berkuasa di Makkah selain satu lagi kemas kini terbaharu yang mengatakan Sajat telah pun ditahan di bandar Jeddah.

Bagaimanapun tiada maklum lanjut mengenai perkara terbabit.