“Apa Kurang Lagu Saya Berbanding Mereka Yang Tercalon?” – Aliff Syukri Tak Puas Hati Tak Ke AJL?

Music
10 Feb 2020 • 3:14 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Anugerah Juara Lagu ke 34 sudahpun melabuhkan tirainya malam tadi dengan kemenangan mutlak milik lagu Sumpah, nyanyian dan ciptaan Naim Daniel bersama Omar K.

Walaupun terselit beberapa kontroversi antaranya kesilapan teknikal berkaitan mikrofon penyanyi no 1 negara, Dato Seri Siti Nurhaliza, efek darah pada baju Aina Abdul dan kontroversi lagu Drama Band yang terang-terangan memerli banyak pihak dalam negara, AJL berlangsung dengan gemilang-gemilang.

Namun disebalik kehangatan AJL34 ini, usahawan kosmetik ,Aliff Syukri yang meminati dunia nyanyian meluahkan rasa kecewa kerana tiada lansung lagunya yang tercalon di peringkat awal Muzik-Muzik.

Menerusi Instagram, Aliff memuat naik video bersama kapsyen : “Apa kurang lagu saya?? berbanding mereka yg tercalon??”

Dalam video panlang lebar itu, Aliff turut mempersoalkan ciri-ciri pemilihan lagu kerana kesemua lagunya langsung tidak dipertandingkan sedangkan lagu-lagu tersebut telah mendapat berjuta tontonan di saluran digital YouTube.

Tambah usahawan itu lagi, dia agak kecewa kerana bakat nyanyiannya tidak sedangkan suaranya sedap dan merdu serta tidak perlu dipertikaikan lagi malah lagu-lagu yang dihasilkan setanding lagu nyanyian penyanyi hebat seperti Anuar Zain.

View this post on Instagram

. . Abang sedih sangat kerana bakat abang ini tidak dihargai oleh Anugerah Juara Lagu😢😢 sedangkan suara abang amat sedap dan merdu…malah suara abang tidak perlu dipertikaikan lagi kalau tidak takkanlah abang telah mengeluarkan lebih daripada lima lagu .. dan jumlah tontonan juga berjuta-juta?? adakah mereka yg mendengar lagu abg sebalum ini halinunan atau pun org ghaib kenapa x layak tercalon?? apa salah abg

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Namun tindakannya itu hanya mengundang kecaman netizen kerana ramai yang merasakan suaranya memang tidak sedap apatah lagi untuk tercalon di Muzik-muzik