Mahathir bertemu ahli parlimen Bersatu di Yayasan Al-Bukhary

Politics
28 Feb 2020 • 10:28 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad (pix) hari ini berada di Bangunan Yayasan Al-Bukhary, di sini, dipercayai untuk bertemu dengan anggota Parlimen parti berkenaan.

Perdana Menteri Interim, tiba di pejabatnya itu pada pukul 9.12 pagi, dengan menaiki Mercedes bernombor pendaftaran Rimau 1925, yang dilihat memasuki perkarangan bangunan itu dan diikuti beberapa buah kenderaan lain.

Mesyuarat itu, yang difahamkan bermula pukul 10 pagi, antara lain akan membincangkan perkembangan terkini politik negara serta parti, kedudukan Bersatu sama ada akan kembali menyertai semula Pakatan Harapan (PH).

Pada Isnin, Bersatu, yang mempunyai 26 wakil rakyat daripada jumlah 222 kerusi Parlimen, mengumumkan keluar daripada gabungan PH.

Turut menjadi perhatian mengenai Bersatu adalah kemungkinan parti itu menamakan Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebagai calon Perdana Menteri yang baharu. — Bernama