‘Cinta Muka Buku’ KTM dan Rapid KL Buat Netizen Terhibur

11 Feb 2020 • 8:56 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Nampaknya lagu ‘Cinta Muka Buku’ nyanyian Najwa Latif bukan sahaja sesuai untuk akaun individu di Facebook, malah ianya sesuai untuk akaun rasmi syarikat korporat.

Bunyi agak mengarut kan?

Tapi itu yang menghiburkan netizen apabila 2 akaun rasmi milik syarikat perkhidmatan pengangkutan awam dilihat berbalas komen ‘cinta’ sesama sendiri di Facebook.

image is not available

Semuanya bermula dengan posting berunsur sindiran yang di muat naik Rapid KL di akaun mereka mengenai kondisi gerabak LRT yang kotor gara-gara tabiat penumpang yang makan dan minum di dalam tren.

“Oh rupanya tak la kotor mana pun kalau penumpang makan dan minum dalam balas atau tren. Jemputlah makan lagi” tulis admin Rapid KL sebagai kapsyen.

Oh, rupanya tak la kotor mana pun kalau penumpang makan dan minum dalam bas atau tren. Jemputlah makan lagi. 😒😒😒#rapidkl

Posted by Rapid KL on Wednesday, February 5, 2020

Merasakan perkara itu juga dihadapi mereka, admin dari KTM kemudiannya membalas posting tersebut dan disitulah bermula perbualan di antara kedua-dua admin akaun tersebut.

“Ni mesti orang yang sama makan dalam komuter ni ” tulis KTM Berhad

Ianya kemudian di balas kembali oleh pihak Rapid KL, namun kali ini bukan lagi perbualan serius sebaliknya perbualan yang dipenuhi ‘pickup line’ .

image is not available

Rapid KL: Tak pasti la orang sama ke tak Tapi kita masih bersama kan?

KTM Berhad : Awak sentiasa di hati kita. Ah gitu!

Rapid KL : Teharu kita dengar. Esok jangan lupa temujanji kita dekat The Alley.

KTM : Esok opis min ada buat makan-makan Jemputlah datang. Boleh i kenalkan
min pada kawan dan rakan.

Perbulan mereka berterusan sehinggalah ke sesi pikat memikat.

image is not available

Haha sesuatu yang baru bukan???

Tindakan mereka ini menyebabkan rata-rata netizen terhibur. Ramai yang merasakan kedua pentadbir akaun syarikat pengangkutan awam ini bukan sahaja kelakar malah agak peramah.

image is not available

Yelah tak best la kalau stress- stress kan?