Rakyat Malaysia Pertama Positif Koronavirus Dianggar Telah Berjumpa 100 Kenalan Di Kedah dan Kelantan

Politics
6 Feb 2020 • 2:50 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Sebelum ini Kementerian Kesihatan mengesahkan seorang rakyat Malaysia positif Koronavirus selepas pulang dari menghadiri mesyuarat di Singapura pada 16 hingga 23 Januari 2020 yang turut dihadiri delegasi dari China

Difahamkan lelaki berusia 41 tahun itu kemudiannya telah pulang ke kampung di Kelantan dan seterusnya ke Sungai Petani bersama isteri bagi menyambut tahun Baharu Cina disana.

Baca artikel berkaitan : KKM Sahkan Seorang Rakyat Malaysia Positif Koronavirus

Memetik dari mStar yang memetik akhbar Sinchew Daily, lelaki itu yang menunjukkan gejala-gejala seperti demam selesema biasa selepas mengalami demam dan batuk, bagaimanapun telah pergi sebuah hospital swasta untuk mendapatkan rawatan pada 23 Januari itu sebelum berangkat pulang ke Sungai Petani, Kedah.

image is not available
Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly sewaktu mengumumkan seorang rakyat Malaysia positif Koronavirus

Dia kemudian berangkat ke Kelantan untuk melawat keluarga sebelah isterinya, sebelum kembali ke Sungai Petani untuk menghadiri majlis ‘reunion’ dengan rakan-rakannya.

image is not available
Dia kini di asingkan Hospital Sg Buloh

Lelaki berkenaan dianggarkan mempunyai kontak hampir 100 orang sepanjang membuat perjalanan di Malaysia dalam tempoh perayaan sebelum disahkan positif dan diasingkan di Hospital Sungai Buloh pada 2 Februari lalu .