“Saya Tak Mahu Komen” – Liyana Jasmay Enggan Komen Isu Diserang’ Netizen Kerana Tidak Bertudung

Entertainment
27 Feb 2020 • 6:15 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Boleh dikatakan kebanyak netizen sudah pun menjangkakan yang pelakon Liyana Jasmay akan kembali membuka tudung kerana dia kerap dilihat memuat naik video dengan hanya memakai snowcap atau topi

Namun disekitar hujung bulan Januari, ini dia sudah mula memuat naik gambarnya yang tidak lagi mengenakan hijab menyebabkan ruangan komennya mula disoal bertalu-talu oleh pengikunnya serta netizen

image is not available

Terbaru dia sekali lagi dikecam apabila memuat naik gambar dan video tidak bertudung ketika bercuti bersama rakan selebriti Intan Ladyana di Gold Coast, Australia

Memetik Metro, Liyana bagaimanapun memilih untuk tidak menjawab mengenainya isu berkenaan dan hanya bersedia menjawab soalan mengenai kerjaya

image is not available

“Kalau bukan mengenai kerja atau kerjaya saya, saya tak mahu komen . Saya hanya akan memberikan kenyataan jika berkaitan kerja saja,” kata Liyana Jasmay kepada portal berkenaan.

Sebagai rekod Liyana Jasmay mula bertudung sejak pertengahan tahun 2017, Namun begitu, penampilannya yang kerap kali mengenakan snow cap kerap kali menjadi perhatian dan kritikan netizen.