“Kita Tak Boleh Paksa MK Buka Rantai, Itu Soal Hidayah” Caprice Nafi Pertahan MK

6 Feb 2020 • 6:20 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Caprice tampil menafikan dakwaan sesetengah pihak yang merasakan dia mempertahankan rakannya MK dari Kumpulan K-Clique berhubung isu pemakaian barang kemas yang heboh diperkatakan baru-baru ini.

Memetik Gempak, usahawan dan rapper itu berkara, walaupun dia sudah menganggap MK seperti adik sendiri, dia tetap akan menegur MK sekiranya ada kesalahan yang dilakukan oleh penyanyi muda itu.

Malah dia ada menghubungi MK memintanya membuat permohonan maaf secara terbuka mengenai isu terbabit tempoh hari.

image is not available

“Saya tidak mempertahankan perbuatan MK, malah saya sudah menghubunginya untuk memohon maaf secara terbuka tentang penggunaan perkataan ‘langgar’ hukum agama, ramai sudah tonton video dia memohon maaf itu.

“Mungkin ada yang silap faham sahaja, memang saya anggap dia seperti adik, tetapi jika saya memihak kepadanya, sudah tentu saya tidak akan berbuat demikian,” jelas Caprice.

image is not available

Dalam masa sama Caprice turut mengingatkan orang ramai untuk tidak memaksa MK membuka rantai kerana itu merupakan soal hidayah meskipun dia sudah membuat permohonan maaf tentang kenyataanya.

Caprice turut dilihat berkongsi perkara berkenaan di instagram miliknya

View this post on Instagram

Minta maaf kalau abg lambat… he is deeply sorry for his words. Kita tak boleh langgar hukum2 dalam Islam. Caprice sangat faham MK dgn dunia hip hop ni sebab caprice pernah melalui jalan yang sama.. cuma abg baru2 je cuci tangan tapi it took me 10 years baru caprice sendiri bukak rantai dan jam emas. Kami minta maaf dgn kekurangan, sebagai abg i will always be there for my brothers and will always do my best to advise and be there for them. God bless! K-Clique forever 🔥 P.S- so sorry for the late post. MK have been busy and it took awhile before i could have this conversation with him.

A post shared by Caprice (@capriceofficial) on

“Dia sudah maaf untuk kenyataannya, namun untuk dia membuka rantai, itu terpulang kepada dia sendiri apabila mendapat hidayah.

“Kita tidak boleh paksa MK buka rantai, hidayah itu milik Allah dan kita tidak boleh mempertikaikannya,” tambah Caprice.

Terdahulu MK dikecam hebat selepas mengeluarkan satu kenyataan yang disifatkan agak keterlaluan apabila mendakwa dia terpaksa ‘langgar’ hukum kerana minatnya pada barang kemas.

Dia kemudiaan membuat permohonan maaf selepas menyedari kata-katanya itu menimbulkan kemarahan ramai orang.