“Dia Play game..Saya Pun Tak Tahu Apa Dia Nak” – Emak Dayana Dakwa Dihubungi Keluarga Naim Daniel Minta..

LocalEntertainment
20 Feb 2020 • 8:17 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Nampaknya isu hakcipta lagu ‘Sumpah’ yang pernah menjadi topik hangat tahun lalu nampaknya kini menjadi buat mulut netizen sekali lagi selepas lagu ciptaaan dan nyanyian Naim Daniel itu memenangi Anugerah Juara Lagu 34 (AJL 34) baru-baru ini

Naim sebelum ini mencetuskan tanda tanya apabila memuat naik satu posting di Instagram meminta mana-mana pihak yang ingin berkongsi hak cipta mengenai sebarang lagu yang telah diketengahkannya untuk menampilkan bukti seperti bahan transkrip, demo score dan sebagainya kepada pihak nya.

Baca artikel berkaitan :

View this post on Instagram

Assalammualaikum, terima kasih pada semua yang support, memberi inspirasi dan berkarya bersama Naim selama ini. Tidak dinafikan ramai yang memberi inspirasi pada Naim untuk berjaya dalam industri ini. Kepada pihak yang merasakan ingin berkongsi hak cipta dalam sebarang terbitan yang telah saya ketengahkan, sila kemukan bukti, transcript, score dll kepada email management team Naim: hello@wp-ent.com untuk pertimbangan yang sebaiknya. Terima kasih sekali lagi dan semoga kerja kita sentiasa diberkati Allah S.W.T.

A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx) on

Rupanya ia berkait rapat dengan isu hakcipta lagu Sumpah apabila semalam, bekas kekasih Naim, Dayana atau nama penuhnya Siti Amirah Dayana Mohd Amerullah membuat sidang media khas menuntut lagu tersebut didaftarkan sebagai lagu ciptaan bersama .

image is not available
Naim sewaktu memenangi AJL 34

Terbaru, Ibu Dayana, Aida Daud mendakwa pihak keluarga Naim Daniel ada cuba menghubunginya untuk meminta supaya tidak meneruskan sidang media berkaitan hak cipta lagu berkenaan yang berlangsung semalam.

Dia bagaimanapun tidak mengendahkan permintaan berkenaan kerana mahu orang ramai tahu hal yang sebenar.

“Mak dia ada menelefon saya secara peribadi, tapi saya tidak jawab. Dia telefon untuk minta tak teruskan (sidang media), saya memang tak angkat sebab nanti saya tak ada bukti.
 
“Jadi, saya hanya voice note sahaja. Saya nak biar ada pengakuan. Kalau dengar voice note, boleh nilai sendiri, bukti dah ada kat situ,” katanya kepada Gempak.

Tambah Rohaida lagi, Naim sendiri ada menghubunginya, namun, bertindak meminta pemenang AJL34 itu agar itu tidak mengganggu sehingga perjalanan sidang media semalam selesai.


“Naim pun ada menelefon saya, saya cakap biar saya jalankan sidang media saya terlebih dulu. Saya pun ada screenshot pasal peratusan apa semua tu.
 
“Tiba-tiba petang (kelmarin) tu dia keluar video. Dia play game lah kat situ. Saya pun tak tahu apa dia nak, nak raih (perhatian) peminat yang selalu sokong dia kot.
 
“Saya masih bersabar dan diam. Saya cakap jangan ganggu saya sampai saya buat sidang media,” katanya.