Ini Perkara Yang Boleh Anda Lakukan Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan

18 Mar 2020 • 7:37 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Hari ini bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh Malaysia sebagai usaha mengekang penularan wabak Covid-19 yang dilihat semakin meruncing.

Walaupun terdapat pihak yang masih bekerja terutamanya mereka yang terlibat dalam bidang-bidang penting negara namun ramai yang telah diarahkan bercuti atau bekerja dari rumah selari dengan pelaksanakan arahan tersebut.

Buat anda yang akan menghabiskan masa di rumah sehingga 31 Mac ni, pasti terfikir-fikir apakah aktviti yang boleh dilakukan bersama ahli keluarga.

Yelah! kalau lama-lama melangut pasti bosan kan? Siapa yang selesa dengan pergerakan terbatas betul ?

Oleh itu, kali ini kami ingin berkongsi beberapa aktiviti yang boleh dilakukan anda lakukan bersama keluarga dalam masa sama dapat mengeratkan perhubungan kekeluargaan sesama anda.

#1 – Habiskan Masa Menonton Televisyen Bersama

Tak semua orang berpeluang untuk menonton TV bersama keluarga sebelum ini. Apatah lagi sudah menjadi gaya hidup keluarga masa kini terutamanya mereka yang tinggal di ibu kota dimana kebanyakan ibu-bapa terpaksa bekerja demi menampung perbelanjaan keluarga.

Jadi anggaplah ini satu asbab untuk ada menghabiskan masa yang terbaik bersama keluarga anda terutamanya buat mereka yang mempunyai anak kecil.

#2 Kemas Rumah Bersama

Jadual dan rutin yang padat pasti membuatkan anda sukar untuk membershihkan rumah sebelum ini.Jadi apa kata ambil kesempatan yang ada untuk bergotong-royong mengemas rumah anda.

Ianya bukan sahaja boleh mengeratkan hubungan, ia juga sedikit sebanyak dapat membantu anda semua mengeluarkan peluh dan kekal sihat.

#3 Kenalkan Anak Kecil Apa Itu Kebersihan Dan Sains

Buat anda yang mempunyai anak atau saudara yang masih kecil , mungkin waktu ini paling cocok untuk mengajar mereka apa itu kebersihan. Kerana kebersihan adalah titik utama dalam penjagaan kendiri malah dapat melindungi anda dari virus atau sakit.

Banyak video berkenaan sains dan juga kebersihan yang tular di media sosial. Tinggal untuk anda sahaja memilih video yang bersesuaian dengan anak-anak anda.

#4 Siapkan Kerja-Kerja Yang Tertangguh

Buat mereka yang bekerja dari rumah. Duduk di rumah tidak bermakna anda boleh mengabaikan kerja yang perlu disiapkan.

Disarankan untuk menyiapkan segala kerja yang tertangguh bagi memudahkan urusan anda kelak.

jangan ambil remeh berkenaan hal ini kerana ia adalah amanah yang perlu dilaksanakan dengan baik.

#5 Buat Panggilan Video Dengan Orang Jauh

JArak bukan lagi pemisah. Walaupun berjauhan dari keluarga yang menetap jauh dari anda. Memandangkan pergerakan kita ketika ini sudah terbatas anda masih boleh berhubung dengan melakukan panggilan video bersama mereka.

#6 Solat berjemaah bersama buat mereka yang beragama islam

Penutupan semua rumah ibadah tidak bermakna anda tidak boleh menunaikan kewajipan anda. Buat keluarga yang jarang berjemaah bersama mungkin ini masanya untuk anda lakukan solat berjemaah di rumah bersama keluarga anda.

#7 Masa untuk membaca atau tambahkan kemahiran anda

Buat mereka yang gemar membaca nampaknya ini peluang terbaik anda untuk bersantai sambil membaca buku! Untuk mereka yang sukakan kelainan pula mungkin ini masanya untuk anda mempelajari sesuatu yang baru.

Mudah sebenarnya untuk tambah kemahiran masa kini, anda hanya memerlukan internet dan terus membuka youtube. Anda mungkin boleh cuba belajar kemahiran asas seperti menukang, atau mungkin menjahit. Atau lebih seronok mempelajari teknik membuat kraftangan.

image is not available

Foto header : Killerinnovations.com

View Original Article